Monday, December 12, 2011

KARANGAN BERFORMAT DIALOG / TEMURAMAH

FORMAT Karangan Jenis Dialog / Temu Ramah / Perbualan / Wawancara

· terbahagi kepada dua jenis

i. dialog dan perbualan ( lebih berkisar kepada persoalan biasa seperti bertanya khabar dan

perbualan menerusi telefon.)

ii. wawancara dan temu ramah ( lebih kepada perbualan rasmi, pertanyaan kepada orang yang

lebih dihormati, atau ingin tahu tahu sesuatu perkara )

· seperti jenis karangan lain, karangan jenis ini juga mempunyai tajuk / topik yang utama

· setiap karangan ini mempunyai sekurang-kurangnya dua watak atau lebih

· sebelum memulakan karangan boleh disertakan keterangan tetapi janganlah terlalu panjang.

Lihat contoh :

Abu diminta oleh guru kelas menemu ramah Guru Besar sebe lum beliau bersara. Hasil temu

ramah itu akan dimuatkan di dalam majalah sekolah. Berikut merupakan hasil temu ramah

tersebut.

Format karangan ini

nama watak ditulis selari di sebelah kiri

selepas nama watak dibubuh tanda titik bertindih ( : ) juga dalam keadaan selari

contoh :

Nama A : Assalamualaikum, Makcik.

Nama B : Waalaikummussalam

Nama A : Apa khabar Makcik ?

Nama B :

· Mulakan perbualan dengan salam sejahtera

· anda perlu menggunakan kata ganti nama diri yang sesua i. Jika orang yang dibawa berbual itu berumur gunakan panggilan ”Encik…, ”Tuan…, ataupun ”Makcik…

· pastikan anda tahu tentang hal atau perkara yang akan kita tulis untuk bahan temuramah / dialog.

· boleh gunakan bahasa kiasan atau peribahasa dan kata singkatan seperti ’tak“ , ’dah“

· soalan yang dikemukakan adalah ringkas , tidak rumit dan berbelit -belit. Dalam dialog itu, keduadua pihak harus bertanya, memberi pendapat atau pandangan.

· Jawapan yang diberi kepada soalan adalah panjang lebar

· elakkan penggunaan soalan yang cuma memerlukan jawapan ”ya… atau ”tidak….

· soalan-soalan disusun dengan baik supaya terus berkesinambungan.

· kawal jumlah perkataan yang digunakan ( lebih kurang 80 patah perkataan )

· tanda baca yang digunakan harus sesuai dengan nada percakapan. Hati -hati dengan ayat tanya kerana ia berakhir dengan tanda tanya. ( ? )

· mesti di tulis mengikut format ( terpesong format , tolak 3 markah )

· soalan yang diikuti dengan jawapan lengkap di beri markah penuh

· Akhiri perbualan dengan mengucapkan terima kasih kepada yang ditemuramah

CONTOH KARANGAN DIALOG

Soalan : Kamu berpeluang menemuramah seorang bapa kepada sepasang anak kembar yang telah berjaya menjadi doktor perubatan, semasa majlis penyampaian ijazah di Universiti Malaya. Cuba buat satu temuramah itu dengan bertanyakan hal-hal yang berkaitan.

Murid : Selamat sejahtera En. Kamal. Saya ingin menemu ramah encik

berkaitan dengan anak-anak encik iaitu Hassan dan Hashim.

En. Kamal : Selamat sejahtera.

Murid : Encik, sebenarnya bagaimana encik mengasuh kedua -dua anak

kembar encik Hassan dan Hashim hingga berjaya menjadi doktor?

En. Kamal : Oh ! Saya pun tidak tahu bagaimana hendak menceritakannya. Hanya

saya anggap bahawa Tuhan merestui kami sekeluarga.

Murid : Boleh saya tahu bagaimana anak-anak encik ini belajar ?

En. Kamal : Mmmmmmm, dalam hal belajar, mereka memang sungguh berusaha.

Hampir sepanjang waktu mereka asyik dengan buku sahaja. Kalau

menonton televisyen itu jarang sekali. Kerap kali kalau menonton pun

mereka menonton siaran berita sahaja.

Murid : Di mana mereka bersekolah ?

En. Kamal : Kedua-dua mereka bersekolah di SMK Methodist ACS, Ipoh.

Kemudian, mereka mendapat pangkat satu di peringkat Sijil Pelajaran

Malaysia. Semasa itulah mereka mendapat tawaran dan meneruskan

pelajaran di Universiti Malaya. Selepas tamat pengajian, mereka telah

menjadi doktor.

Murid : Apakah perasaan encik sekarang ?

En. Kamal : Saya amat gembira dengan kejayaan anak-anak. Kami sekeluarga

bersyukur di atas kejayaan gemilang itu .

Murid : Baiklah encik , saya berterima kasih kerana sudi melapangkan masa

untuk ditemubual.

En. Kamal : Terima kasih kembali.

(Berjabat tangan dengan murid )

Latihan Bestari

PMR 2004

Anda telah berbual dengan rakan anda tentang kegiatan yang berfaedah yang dilakukan selepas peperiksaan PMR.Sediakan dialog tersebut dengan selengkapnya.

13 comments:

  1. Tuliskan sebuah dialog berdasarkan video.

    ReplyDelete
  2. Dialog ini , mesti ada dua watak . watak utama ialah upin ,watak kedua ialah ipin ,betul?

    ReplyDelete
  3. Saya ingin tulis karangan ini. Macam mana saya nak hantar karangan saya kepada Cikgu?

    ReplyDelete
  4. Saya ingin tulis karangan ini. Macam mana saya nak hantar karangan saya kepada Cikgu?

    ReplyDelete
  5. SAYA MOHON CNP BAHAN-BAHAN CIKGU UNTUK CONTOH KEPADA ANAK-ANAK DIDIK SAYA YE CIKGU.

    ReplyDelete
  6. terima kasih atas dialog di atas tersebut

    ReplyDelete
  7. terima kasih atas dialog di atas tersebut

    ReplyDelete
  8. Bagus untuk semua orang tahu macam mana nak tuli sekarang .Terima kasih kepada pemberi informasi.

    ReplyDelete
  9. Sangat bermanfaat kepada Kami sebagai pelajar , terima kasih ckgu

    ReplyDelete
  10. saya nak guna bahan dialog ini ya cikgu..terima kasih bahan ini banyak membantu.

    ReplyDelete